3 Rahsia Untuk Buat Hidangan Tomyam Lebih Menyengat

Siapa sahaja yang tak suka hidang resepi tomyam yang enak dan lazat untuk dijamah dengan nasi panas? Kehangatan yang ada dalam kuah tomyam yang panas ada kombinasi rasa yang syok sekali. Deria rasa anda akan teruja dengan keenakan rasa masin, masam dan pedas pada tomyam, diiringi pelbagai jenis protein yang disediakan sekali. Ada tomyam berisi daging, ayam, dan juga makanan laut seperti sotong dan udang.

Walau bagaimana sekalipun anda gemarkan tomyam anda, semuanya boleh dihidang di rumah dengan mudah kalau anda ada bahan-bahan yang betul. Nak masak tomyam ini tidak memerlukan barang yang rumit. Malah, anda mungkin sudah ada semua ramuannya di dalam peti sejuk ataupun dapur anda. Cuma tinggal nak masak sahaja untuk dihidang kepada keluarga tersayang.

Tetapi bukan semua tomyam ada rasa yang luar biasa. Satu juadah tomyam yang lain daripada yang lain itu ada ciri-ciri istimewa. Nak tahu rahsianya? Terus ikuti perkongsian ini sebelum anda memasak tomyam sebagai menu utama hari ini.

Ada Isi Yang Banyak

Sama ada tomyam makanan laut ataupun tomyam daging, kunci kepada keenakan semangkuk tomyam itu adalah pada isinya yang banyak. Tomyam yang penuh dengan isi daging, ayam, sotong mahupun udang akan dapat memuaskan selera anda. Apabila kita hidang tomyam dengan nasi panas, isi lauk yang banyak akan buat kita lebih puas hati.

Bukan itu sahaja, isi tomyam yang banyak itu juga dapat menaikkan lagi keenakan rasa tomyam yang anda hidangkan. Misalnya, tomyam seafood yang kaya dengan isi udang dan sotong akan mendapat lebih kemanisan makanan laut yang lebih. Ini kerana bahan-bahan tersebut direneh dengan sempurna dalam kuah tomyam anda. Dengan isi yang banyak, anda tidak perlu lagi menambah terlalu banyak perisa tambahan kerana keenakan semula jadi daripada ramuan tomyam anda sudah cukup sempurna.

Maggi MY

Penggunaan Air Beras

Anda mahu rahsia utama kuah tomyam yang mengancam? Guna sahaja petua ini dan anda gerenti akan puas hati dengan hasilnya!

Sebelum kita masak nasi, selalunya kita akan basuh dahulu beras untuk beberapa kali. Apabila air basuhan beras sudah jernih, baru kita boleh masak nasi dengan baik. Kalau anda nak kuah tomyam dengan tekstur dan aroma yang unik dan sedap, guna sahaja air basuhan pertama atau kedua beras anda sebagai air untuk kuah tomyam. Sebenarnya, kita membasuh beras untuk membuang lebihan kanji pada beras untuk memberi tekstur lebih cantik pada nasi yang sudah dimasak. Walau bagaimanapun, kanji yang larut dalam air ini dapat memberi rasa yang lebih enak kepada tomyam anda.

Perasa Tomyam Yang Betul

Untuk mendapatkan rasa tomyam yang kaw, sudah tentu kita perlu pes atau perasa tomyam yang mengancam. Lebih-lebih lagi jika anda kesuntukan masa untuk menyediakan semua ramuan daripada awal. Dengan perencah tomyam yang betul, anda dapat menyajikan rasa yang asli pada hidangan anda. Gabungan tomyam dengan perasa yang baik dapat memberikan sensasi masam masin pedas yang amat digemari dalam lauk anda, sekali gus menaikkan lagi rasa isi daging atau seafood yang ada pada juadah itu.

Antara perencah yang terbaik untuk anda cuba ialah kiub pati Tomyam MAGGI® yang amat digemari ibu-ibu yang memasak di luar sana. Dengan kiub pati perasa tomyam ini, anda boleh hidang lauk ini dalam masa 20 minit sahaja! Kalau tak percaya, ikuti sahaja resipi ini. Gerenti anda akan puas hati.

Bahan-Bahan

  • 500ml air (atau air basuhan beras pertama atau kedua)
  • 2 kiub Kiub Pati Tomyam MAGGI®
  • 150g udang
  • 100g sotong
  • 3 keping daun limau purut
  • 1 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah
  • 50g batang saderi
  • 50g lobak merah
  • 100g kobis bunga
  • 2 biji tomato
  • 50ml Susu Rendah Lemak Nestlé

Langkah Penyediaan

  1. Sediakan periuk, kemudian masukkan air bersama Kiub Tomyam MAGGI®, udang, sotong, daun limau purut dan juga serai.
  2. Biarkan ia mendidih selama 10 minit.
  3. Kemudian perlahankan api, masukkan bersama cili padi, bawang merah, batang saderi, lobak merah dan kobis bunga.
  4. Akhir sekali masukkan tomato kerana ia mudah masak.
  5. Reneh selama 10 minit dan hidangkan sementara ia masih panas!
  6. Hidangkan bersama nasi panas untuk satu juadah sempurna.

Hasil

Memang rasa tomyam ini menyengat sekali. Kuahnya yang pedas, masam dan masin ini memang enak sekali digaul bersama nasi panas, terutamanya apabila ia ada kemanisan makanan laut yang tiada tandingan. Kuah tomyam ini pula ada kekayaan lemak berkrim dari susu rendah lemak dan juga aroma daripada air basuhan beras itu tadi.

Resipi ini sesuai untuk hidangan buat tiga orang. Anda mahu resipi ini berdasarkan saiz hidangan anda? Layari sahaja https://www.maggi.my/ms/resipi sekarang.